Maahad Integrasi Tahfiz Tunas Ilmuwan Selangor atau ringkasnya MITTIS telah dirasmikan penubuhannya oleh Yang Berhormat Puan Dr. Hajah Halimah Ali, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Kerajaan Negeri Selangor pada 5 Januari 2013 bersamaan 23 Safar 1434. MITTIS Sabak Bernam adalah cawangan pertama ditubuhkan kini beroperasi di alamat Lot 10318 Jalan Sungai Burung, Panchang Bedena, 45300 Sungai Besar Selangor dan pada tarikh 1 Julai 2020, MITTIS telah membuka cawangan baru dan yang kedua bertempat di Lot 360 Jalan Cheras Kajang, Batu 13 Kg. Simpang Balak 43000 Kajang di atas tanah sendiri seluas 4 ekar beserta prasarana yang lengkap.
MITTIS merupakan sebuah sekolah tahfiz persendirian (swasta) peringkat menengah di bawah seliaan Yayasan Pendidikan Islam Selangor (YAPIS) yang berteraskan sistem Pendidikan Islam merangkumi tuntutan fardhu ain dan fardhu kifayah. MITTIS mengintegrasikan segala ilmu yang dipelajari dengan Islam berdasarkan al-Quran, as-Sunnah, Ijma’ dan Qias tanpa ada pemisahan antara duniawi dan ukhrawi.
Sambutan masyarakat terhadap penubuhan maahad tahfiz sains di Selangor umumnya dan di MITTIS khususnya amat menggalakkan. Pelajar-pelajar yang menuntut di MITTIS bukan sahaja datang dari sekitar Selangor bahkan dari beberapa negeri seluruh Malaysia.
MATLAMAT PENUBUHAN
Matlamat MITTIS ditubuhkan ialah di atas kesedaran bahawa kurangnya golongan Huffaz Profesional di Selangor khususnya dan di Malaysia amnya. Kewujudan MITTIS ini tepat pada masanya memandangkan hanya terdapat beberapa buah Tahfiz Sains sahaja di seluruh Selangor dengan bilangan pelajar yang amat terhad. Ianya mensasarkan dalam mencapai sasaran matlamat seperti berikut :
1. Melahirkan pelajar yang boleh membaca Al-Quran dengan cara yang terbaik dan seterusnya dapat menghafal keseluruhan Al-Quran.
2. Menanamkan kepentingan mempelajari, memahami, beramal dan menyampaikan segala perintah-perintah Allah SWT berdasarkan kitab Allah dan sunnah Rasulullah SAW ke seluruh permukaan alam.
3. Melahirkan pelajar yang berakhlak mulia dengan berpandukan kepada ajaran Al-Quran dan sunnah kehidupan Rasulullah SAW dan mereka juga akan dibimbing supaya menjadi insan yang benar-benar beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT.
4. Melahirkan generasi muda yang dapat menghayati agama dalam kehidupan mereka serta menimbulkan kesedaran dalam agama islam. Ini juga akan menimbulkan keyakinan kepada diri pelajar bahawasanya hanya dengan amalan islam sahaja yang dapat membawa kejayaan di dunia dan akhirat.
5. Melatih pelajar supaya berbakti kepada agama, ibu bapa, masyarakat dan Negara apabila tamat pengajian kelak.
VISI
Menjana Para Huffaz Professional Yang Berkemampuan Dalam Semua Bidang.
MISI
Melahirkan Generasi Akademi Intelektual Huffaz Yang Berdaya Saing Di Peringkat Nasional.
MOTO
‘Islamic Education For All’ Understand The Future, Today.
PENUTUP
MITTIS yang ditubuhkan ini mempunyai cita-cita tinggi bagi melahirkan huffaz yang profesional di Malaysia amnya dan Negeri Selangor khususnya kerana Negeri selangor amat kurang golongan profesional huffaz bagi pemangkin generasi Al-Quran di negeri ini. Disamping itu, dapat melahirkan masyarakat yang seimbang dari sudut rohani dan ilmuwan. Kami sentiasa berharap dan berdoa kepada Allah SWT semoga dilahirkan para Mukhlisin sebagai penaung, penggerak dan seterusnya sebagai pemangkin generasi Al-Quran hingga akhir zaman.